CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »









Saturday, January 9, 2010

Album Gambar Aimi Aisar

aimi ikut main bowling

aimi seronok jalan2 kat IKEA

aimi suka naik kereta

aimi pertama kali demam

aimi sekarang (gambar semalam 9 jan 2010)

aimi sehari sebelum tahun baru 2010

aimi kat genting 2 jan 2010

aimi dengan ibu kat genting

aimi yang sweet

aimi aisar kesayangan semua




Magicshawl Enterprise



Alhamdulillah......
akhirnya terciptalah Magicshawl Enterprise
v(^_^)v

6 bulan yg lepas ku bersusah payah belajar macam2 demi Magicshawl
hari ini ~ masih juga bersusah payah (biar bersusah dahulu bersenang kemudian)
mengusahakan Magicshawl...

Magicshawl Enterprise ~ boleh menjadi suatu kebanggaan padaku
kerana ku bermula dari 'zero'
tapi berbaloi sebab atas usaha sendiri...atas keikhlasan dan dedikasi sendiri
dan juga atas doa restu mama babah, suami dan semua yang sentiasa memberi sokongan.
aku tak kisah kalau ada mulut-mulut yang bercakap kenapa aku ada master tapi memilih online bisnes sebab, aku buat apa yang menggembirakan aku.

sekurang-kurangnya, aku masih lagi boleh berbangga kerana aku bukan berniaga online cabuk,
tapi dalam diam aku memiliki kelayakan lain juga.
aku percaya rezeki itu sentiasa ada pada yang gigih berusaha, dan aku mahu menjadi seperti itu.

dalam tempoh 6 bulan bekerja keras untuk Magicshawl,
sekarang aku dah ada mesin jahit sendiri untuk menjahit 'shawl'
takde la dah meminjam mesin jahit SINGER antik yang hebat milik mama mertuaku tu lagi.
apa pun, aku suka mesin jahit SINGER tu juga kerana bunyi nya yang lebih halus berbanding mesin jahit baru ku ini yang agak kejantanan bunyinya... hehehe..

semalam sempat lagi membelek2 blog kat bawah ni
http://hidsell10.blogspot.com/
seronok sebab dia jual mesin jahit tepi yg murah2...
insya'Allah ada rezeki yang lebih nanti nak juga beli satu hehehe.....

kalau dulu turun KL sebulan sekali untuk ambil stok baru shawl.
tapi sekarang, alhamdulillah, dengan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH ini,
urusan mengambil stok baru dah menjadi setiap minggu.
makanya sekarang, setiap minggu kami bertiga pasti ada di KL untuk urusan Magicshawl disamping berjalan-jalan bersama suami dan aimi.

semoga Magicshawl akan terus maju jaya & aku semakin tabah & matang menguruskannya
AMIN!!



Saturday, January 2, 2010

Gotong royong membersihkan sawang......

banyak sangat sebab kenapa blog ni bersawang hehehe....

1. kerana kelahiran aimi aisar (excited hingga x smpt nk update blog..)
2. terlalu sebok dengan kehidupan skrg (lbh2 lg bila da bertiga ni...)
3. ni sebab paling utama buat masa ni ~ sebab sgt committed dgn MAGICSHAWL
yeay!!

untuk pengetahuan semua...magicshawl da ada label sendiri & yang paling best ialah..... Magicshawl dah pun berdaftar sbg sebuah syarikat hak milik bersama yaya & albar
alhamdulillah berkat kesungguhan & kerja keras saya selama 6 bulan ini akhirnya saya dah pn memasuki fasa yang sgt penting ini

AMIN & SYUKUR pd ALLAH

semoga dgn kehadiran 2010 ni Magicshawl akan terus maju jaya


sesibuk mana pun~aimi aisar masih menyusu badan sepenuhnya


Selamat Tahun 2010





SELAMAT TAHUN BARU 2010 pada semua
lama betul blog ni bersawang huhu...
minta maaf la ye sebab dalam tempoh 3 bulan ni terlalu sebok
dan sempena 2010 ni saya akan cuba untuk aktif kembali
Yeay!!

pape pun....tula puteri kesayangan kami AIMI AISAR
skrg da pun 3bulan~sekejap je masa berlalu