CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 10, 2010

Magicshawl masuk surat khabar????








Alhamdulillah ~~ akhirnya Magicshawl masuk berita hehe walaupun cuma di SINAR HARIAN EDISI PAHANG tapi amat besar maknanya

semoga segalanya berbaloi & dapat terus bertahan ~ syukur pada ALLAH atas rezeki yang sentiasa DIA mewahkan...... terima kasih pada suami, keluarga di kampung, keluarga mertua, kawan2, blogger2, semua yang sentiasa menyokong & memberi pandangan.

ALHAMDULILLAH ~~



Saturday, January 9, 2010

Album Gambar Aimi Aisar

aimi ikut main bowling

aimi seronok jalan2 kat IKEA

aimi suka naik kereta

aimi pertama kali demam

aimi sekarang (gambar semalam 9 jan 2010)

aimi sehari sebelum tahun baru 2010

aimi kat genting 2 jan 2010

aimi dengan ibu kat genting

aimi yang sweet

aimi aisar kesayangan semua




Magicshawl Enterprise



Alhamdulillah......
akhirnya terciptalah Magicshawl Enterprise
v(^_^)v

6 bulan yg lepas ku bersusah payah belajar macam2 demi Magicshawl
hari ini ~ masih juga bersusah payah (biar bersusah dahulu bersenang kemudian)
mengusahakan Magicshawl...

Magicshawl Enterprise ~ boleh menjadi suatu kebanggaan padaku
kerana ku bermula dari 'zero'
tapi berbaloi sebab atas usaha sendiri...atas keikhlasan dan dedikasi sendiri
dan juga atas doa restu mama babah, suami dan semua yang sentiasa memberi sokongan.
aku tak kisah kalau ada mulut-mulut yang bercakap kenapa aku ada master tapi memilih online bisnes sebab, aku buat apa yang menggembirakan aku.

sekurang-kurangnya, aku masih lagi boleh berbangga kerana aku bukan berniaga online cabuk,
tapi dalam diam aku memiliki kelayakan lain juga.
aku percaya rezeki itu sentiasa ada pada yang gigih berusaha, dan aku mahu menjadi seperti itu.

dalam tempoh 6 bulan bekerja keras untuk Magicshawl,
sekarang aku dah ada mesin jahit sendiri untuk menjahit 'shawl'
takde la dah meminjam mesin jahit SINGER antik yang hebat milik mama mertuaku tu lagi.
apa pun, aku suka mesin jahit SINGER tu juga kerana bunyi nya yang lebih halus berbanding mesin jahit baru ku ini yang agak kejantanan bunyinya... hehehe..

semalam sempat lagi membelek2 blog kat bawah ni
http://hidsell10.blogspot.com/
seronok sebab dia jual mesin jahit tepi yg murah2...
insya'Allah ada rezeki yang lebih nanti nak juga beli satu hehehe.....

kalau dulu turun KL sebulan sekali untuk ambil stok baru shawl.
tapi sekarang, alhamdulillah, dengan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH ini,
urusan mengambil stok baru dah menjadi setiap minggu.
makanya sekarang, setiap minggu kami bertiga pasti ada di KL untuk urusan Magicshawl disamping berjalan-jalan bersama suami dan aimi.

semoga Magicshawl akan terus maju jaya & aku semakin tabah & matang menguruskannya
AMIN!!



Saturday, January 2, 2010

Gotong royong membersihkan sawang......

banyak sangat sebab kenapa blog ni bersawang hehehe....

1. kerana kelahiran aimi aisar (excited hingga x smpt nk update blog..)
2. terlalu sebok dengan kehidupan skrg (lbh2 lg bila da bertiga ni...)
3. ni sebab paling utama buat masa ni ~ sebab sgt committed dgn MAGICSHAWL
yeay!!

untuk pengetahuan semua...magicshawl da ada label sendiri & yang paling best ialah..... Magicshawl dah pun berdaftar sbg sebuah syarikat hak milik bersama yaya & albar
alhamdulillah berkat kesungguhan & kerja keras saya selama 6 bulan ini akhirnya saya dah pn memasuki fasa yang sgt penting ini

AMIN & SYUKUR pd ALLAH

semoga dgn kehadiran 2010 ni Magicshawl akan terus maju jaya


sesibuk mana pun~aimi aisar masih menyusu badan sepenuhnya


Selamat Tahun 2010





SELAMAT TAHUN BARU 2010 pada semua
lama betul blog ni bersawang huhu...
minta maaf la ye sebab dalam tempoh 3 bulan ni terlalu sebok
dan sempena 2010 ni saya akan cuba untuk aktif kembali
Yeay!!

pape pun....tula puteri kesayangan kami AIMI AISAR
skrg da pun 3bulan~sekejap je masa berlalu





Monday, September 28, 2009

MIKI --> semoga keajaiban berlaku...........................

salam semua....blm pn smpt nk update kisah AIMI AISAR tiba2 dpt berita MIKI kemalangan.....menangis bila dpt tau...masih ingat kisah MIKI, LOGA, GEMUK, PIRATE, TOPENG???? MIKI ialah kucing yg paling kami sayang. kucing paling baik. kucing paling cantik. kucing paling aktif. tp kelmarin, MIKI jln mengheret kaki blkg nya dr tepi jln ke dpn pintu rumah dlm keadaan berdarah...MIKI dilanggar motor....QARMILA yg plg syg MIKI yg pertama jmpa MIKI dpn pintu....hbs seluar QARMILA berdarah masa dukung MIKI....kaki MIKI patah....testis MIKI pecah.....semua org sedih....masa diberitahu MIKI kemalangan terus airmata ni mengalir....takde sempadan dlm kasih syg ni...baik sesama manusia mahupun binatang.......

pagi2 td MAMA bawak MIKI sama ke sekolah...AMIRA pn teman..tlg jaga dlm kereta....MAMA bawak MIKI ke VET. tp malangnya xde doktor yg blh cek...melainkan MAMA tunggu smpai pukul 2.30pm baru doktor akan dtg...

pukul 3pm doktor smpai....MIKI diperiksa....dan yg lebih menyedihkan bila klinik xde kelengkapan yg cukup. nk X-RAY MIKI pn x blh...kna pg private yg sememangnya xde di jerantut....doc cuma dpt cek mengikut pengalaman n kepakaran aje...kaki MIKI, antara lutut ke bwh patah dua...slh 1 tulang yg pth dh hampir menembusi kulit MIKI.....cuma operation yg dpt elokkan keadaan....tp kos nya sgt tinggi....doktor kata di KUANTAN ada byk private VET yg blh buat tp kos nya dlm 1k ke atas.......hmm...........doktor cdg kn buat di UPM sbb blh dpt diskaun...tp dlm lingkungan 8-9 ratus jg laa.......hmm.............

doktor cek testical MIKI.....mmg injured...tp x tau seserius mna sbb x blh nk X-RAY...kalau dpt X-RAY doktor blh cek samada MIKI ada internal bleeding ke x....sbb dgn keadaan MIKI skrg, kalau btl ada internal bleeding, doktor cuma blh kata mgkin MIKI ada masa dlm 10 hari sj utk bertahan sblm MIKI mati secara perlahan2......mengalir airmata ni td masa mama bgtau apa keputusan doktor........cuma MIRACLE sj yg akan membantu MIKI utk SURVIVE.....sbb....doktor tu kata MIKI kucing yg baik....semangat dia utk hidup sgt kuat...dgn kaki yg pth terkulai MIKI msh cuba angkat kepala masa doktor periksa....mata MIKI da berubah warna pucat......gusi MIKI pn da x merah pudar tp da jd putih pucat.......xtau brapa lama lg MIKI dpt bertahan.................

masa MIKI eksiden, MIKI bru je genap setahun............setahun bersama kami............setahun menghiburkan kami..................walaupun MIKI hanya seekor kucing, tp MIKI tetap kami syg......selama ini, kucing la tempat kami bergurau dan menghiburkan hati.....................dlm perbezaan antara manusia dan haiwan doa tetap ada mengiringi kesihatan MIKI.......semoga MIKI terus bersemangat utk hidup....................................................tp, sekiranya mmg sudah ditakdirkan MIKI akan pergi juga dlm masa terdekat ni.............MIKI akan menjadi satu kenangan yg sgt baik dlm hidup kami sekeluarga..............................MIKI.........kuatkan semangat ok!!! semoga keajaiban akan berlaku...............................

Saturday, September 26, 2009

ALBUM AIMI AISAR





Aimi Aisar yg baru lahir


















Aimi - 3 hari

1 syawal bersama AIMI AISAR

kelahiran AIMI AISAR BT ALBAR





permata hati kami berdua