CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »









Saturday, January 9, 2010

Magicshawl Enterprise



Alhamdulillah......
akhirnya terciptalah Magicshawl Enterprise
v(^_^)v

6 bulan yg lepas ku bersusah payah belajar macam2 demi Magicshawl
hari ini ~ masih juga bersusah payah (biar bersusah dahulu bersenang kemudian)
mengusahakan Magicshawl...

Magicshawl Enterprise ~ boleh menjadi suatu kebanggaan padaku
kerana ku bermula dari 'zero'
tapi berbaloi sebab atas usaha sendiri...atas keikhlasan dan dedikasi sendiri
dan juga atas doa restu mama babah, suami dan semua yang sentiasa memberi sokongan.
aku tak kisah kalau ada mulut-mulut yang bercakap kenapa aku ada master tapi memilih online bisnes sebab, aku buat apa yang menggembirakan aku.

sekurang-kurangnya, aku masih lagi boleh berbangga kerana aku bukan berniaga online cabuk,
tapi dalam diam aku memiliki kelayakan lain juga.
aku percaya rezeki itu sentiasa ada pada yang gigih berusaha, dan aku mahu menjadi seperti itu.

dalam tempoh 6 bulan bekerja keras untuk Magicshawl,
sekarang aku dah ada mesin jahit sendiri untuk menjahit 'shawl'
takde la dah meminjam mesin jahit SINGER antik yang hebat milik mama mertuaku tu lagi.
apa pun, aku suka mesin jahit SINGER tu juga kerana bunyi nya yang lebih halus berbanding mesin jahit baru ku ini yang agak kejantanan bunyinya... hehehe..

semalam sempat lagi membelek2 blog kat bawah ni
http://hidsell10.blogspot.com/
seronok sebab dia jual mesin jahit tepi yg murah2...
insya'Allah ada rezeki yang lebih nanti nak juga beli satu hehehe.....

kalau dulu turun KL sebulan sekali untuk ambil stok baru shawl.
tapi sekarang, alhamdulillah, dengan rezeki yang melimpah ruah dari ALLAH ini,
urusan mengambil stok baru dah menjadi setiap minggu.
makanya sekarang, setiap minggu kami bertiga pasti ada di KL untuk urusan Magicshawl disamping berjalan-jalan bersama suami dan aimi.

semoga Magicshawl akan terus maju jaya & aku semakin tabah & matang menguruskannya
AMIN!!